Monday, 5 November 2012

Aidilfitri 1999


Aidilfitri adalah antara momen indah dalam lipatan kenangan untuk diimbau kembali. Saban tahun apabila tibanya Aidilfitri, pastinya detik-detik bersama akan direncana agar masa wujud masa terluang antara kami. Saling berkunjung mengerat silaturrahim, saling bermaafan mengikat tali persaudaraan. Gurau senda menjadi penyulam dalam keceriaan bersama. 

Aidilfitri 1998 - 21 Tahun

Ikatan persahabatan sentiasa terjalin biarpun masa silih berganti dan usia menginjak remaja dan menuju alam dewasa. Akrabnya jalinan tersulam apabila Aidilfitri dirai bersama dalam kemesraan saling berkunjung. Aidilfitri dirai bersama, bermula sedari siang hingga malam menjelma, tidak cukup sehari maka disambung keesokannya. Indahnya kenangan....
Selepas Zuhur di Gombak, rumah Ika (30 Jan 1998)

Sunday, 4 November 2012

Pizza di Yow Chuan Plaza…


Sekitar tahun 1998, selesai berkelah di Sg. Gabai terus ke Yow Chuan Plaza menjamu selera makan pizza (tak ingat sapa yang belanja lebih….) 

Berkumpul di rumah Siti Rahimah, Lembah Jaya Selatan

Ramadhan 1998


Perancangan untu berbuka puasa bersama-sama dilakukan dengan terperinci dan hasilnya ia menjadi realiti. Bertempat di sebuah hotel di Jalan Ampang (apa nama hotel ni yerrr...?), ukhwah dalam persabahatan dijalin dengan sempurna.