Monday, 5 November 2012

Aidilfitri 1999


Aidilfitri adalah antara momen indah dalam lipatan kenangan untuk diimbau kembali. Saban tahun apabila tibanya Aidilfitri, pastinya detik-detik bersama akan direncana agar masa wujud masa terluang antara kami. Saling berkunjung mengerat silaturrahim, saling bermaafan mengikat tali persaudaraan. Gurau senda menjadi penyulam dalam keceriaan bersama. 

Aidilfitri 1998 - 21 Tahun

Ikatan persahabatan sentiasa terjalin biarpun masa silih berganti dan usia menginjak remaja dan menuju alam dewasa. Akrabnya jalinan tersulam apabila Aidilfitri dirai bersama dalam kemesraan saling berkunjung. Aidilfitri dirai bersama, bermula sedari siang hingga malam menjelma, tidak cukup sehari maka disambung keesokannya. Indahnya kenangan....
Selepas Zuhur di Gombak, rumah Ika (30 Jan 1998)

Sunday, 4 November 2012

Pizza di Yow Chuan Plaza…


Sekitar tahun 1998, selesai berkelah di Sg. Gabai terus ke Yow Chuan Plaza menjamu selera makan pizza (tak ingat sapa yang belanja lebih….) 

Berkumpul di rumah Siti Rahimah, Lembah Jaya Selatan

Ramadhan 1998


Perancangan untu berbuka puasa bersama-sama dilakukan dengan terperinci dan hasilnya ia menjadi realiti. Bertempat di sebuah hotel di Jalan Ampang (apa nama hotel ni yerrr...?), ukhwah dalam persabahatan dijalin dengan sempurna. 

Thursday, 11 October 2012

Wednesday, 10 October 2012

Ukhwah 2012

Geng SKLJ berkumpul dengan tempat ditaja oleh Puan Rodiyah di kediamannya. Alhamdulillah majlis ini berlangsung dgn lancar dan meriah. Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri dan menyumbangkan juadah yang lazat-lazat. Semoga kita dpt mengumpul lebih ramai lagi untuk majlis yang akan datang. Insyaallah....

Aidilfitri 2012

Jemputan open house Puan Rodiyah disambut dengan tangan terbuka.... Apatah lagi tuan rumah memang pandai masak memasak dan menu mesti pelbagai. Geng SKLJ serbu casa indah di Bandar Sunway Semenyih pada petang Syawal terakhir bersamaan 16 September 2012.

Aidilfitri 2011

Suasana Aidilfitri diraikan dengan jalinan silaturrahim geng SKLJ dalam majlis rumah terbuka Rodiyah di Bandar Sunway Semenyih. Makanan sedap, cerita hebat dan ketawa pun lebat...

Imbasan Pertemuan 2010

Bertempat di Presint 8, Putrajaya... pertemuan diatur dengan acara santai. Sambil bertemu acara sukan dijalankan. Kononnya mahu mengimbas kenangan dan mengulangi zaman aktif sebagai atlet sedangkan tanpa sedar badan sudah dua kali ganda dari usia dulu....

Suatu Ketika: GSV di Port Dickson

Percutian terancang ke Port Dickson di Golden Street Villa bermula. Perjalanan dibuat pada 17 Mac 2009 selepas waktu pejabat. Sebelum sampai, suprise party dibuat utk bday boy Mahathir di hentian rehat... Masa diisi dengan suasana ceria dan gembira, ibarat adik-beradik berkumpul, masak dan makan bersama-sama.